.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
Wahh~ Alhamdulillah i'm back again! One whole month without internet was an unbearable sadness.
This will be a very simple and short post because I've loads of assignments! Since the first day I'm at KML, there were numerous silly things that I had done. Hoho. Let me name some of them.
Last month: Without any bad intention ( mind you ), I purposelessly be the reason why Zone C, on third floor and at block A didn't have any water in the wash room. Until noww~ From 19 May until 22 June. Do some math by your own.
Also last month: I confidently opened a door of 3.4 room at block B! Mm, my room was at block A~
Last 2 weeks: I almost went inside a church van. Hoho. I thought it was a mini bus no 6. Isma, it was your fault bah. Bidak.
People, huh~ wherever i go there must be something will go wrong. I've learnt so many Sabahan vocab such as 'boleh bah kalau kau' and 'bidak'=ugly=buruk. And, proudly to say that people here often thought that I'm a Sabahan. Cey~ Kuikui. Got to go. Don't miss me Kak Wina, Kak Maira and the others. Hoho.
Salam.
Monday, June 22, 2009
Kolej Matrikulasi Labuan berteknologi berkemajuan, lalala~
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
9:20 PM
3
stethoscopes
Labels: cerita/story, kehidupan/life, pasal sekolah/school stuff, peribadi/personal
Thursday, May 7, 2009
Episod hidup yang mengharukan.
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
*Mode terharu*
. Ingat janji Kak Maira, nak hantar Tini ke lapangan terbang ok!Mereka datang pagi tadi. Bertepatan dengan janji mereka malam semalam. Ohh~ Saya rindukan mereka. Huh~ Pagi tadi saya kerap kali terbangun. Menjenguk ke tingkap menunggu kehadiran mereka. Pagi yang mengharukan. Jazakumullah Kak Khadijah, Kak Zura dan Ani! Sanggup jugak korang datang ke rumah Tini sebelum ke Sebuyau. Masih terasa hangat pelukan dan kasih sayang mereka. Seronoknya kalau berkasih sayang kerana Allah. Tetibe je masa ni ada lagu latar yang macam kena dengan situasi kami. Adeh! Gugur juga air mata saya
. Pandai betul radio zaman sekarang. Takpe, kita jangan sedih-sedih ye. Bulan 7 nanti Tini balik sinilah. Walaupun hanya 2 minggu. Paling mengharukan, tadi mereka hantar gambar guna MMS. Tajuk MMS tu, dekat feri sebuyau
. Mm, nanti kita calling-calling, MMS-MMSing, bermesej-mesej ye! Sayaaanngg korang!*Sedihnya*
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
5:20 PM
3
stethoscopes
Labels: kehidupan/life, peribadi/personal, rakan/friends
Monday, May 4, 2009
Bakal berada di habitat baru
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
Banyak sangat benda yang dah jadi. Kalut sangat. Bingung. Stress. Alhamdulillah. Mm, saya rasa lebih matang. Matang. Hoho. Teringat saya tentang slogan dan visi yang perlu saya capai semasa saya baru habis SPM. Its time for me to be matured, optimistic and realistic
. Ceh. Kuikui. Rasanya hampir tercapai dah. Kalau pasal matang tu banyak dari segi pemikiran tapi kalau secara fizikalnya, perangai macam budak-budak masih ada. Masih juga kecoh tak tentu pasal masa bercakap
. Eh, tu namanya bersemangat
.
Banyak benar teman sekolah saya yang akan ke Labuan. Ohh~ Rasa macam di sekolah pulak. Ohh! Tragiknya apabila ketua anarkis (maaf sebab mengata awak sekejap) bakal ke sana juga. Sila rujuk entri ini untuk mengetahui lebih lanjut pasal ketua anarkis di sini. Awal sudah dia berpesan supaya saya terus menjadi pembekal makanan nanti. Ingat saya ni kilang biskut Slai Olai ke? 
Saya mungkin akan berada dalam status ON HIATUS tidak lama lagi. 8 Mei dah nak ke Labuan. Selamat tinggal alam maya. Mungkin lama juga, dalam 2 hingga 4 minggu. Boleh bertahan ke Tini? Hoho. Entri seterusnya akan menceritakan tentang habitat saya yang baru. Semoga anda terus setia jadi pengunjung blog saya
.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim permudahkanlah segala urusan kami.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
6:43 PM
9
stethoscopes
Labels: kehidupan/life, pasal sekolah/school stuff, peribadi/personal, serbaneka/hodge podge
Friday, May 1, 2009
Selamat tinggal~
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
*Emoticon muncul lagi. Emosi lebih terserlah.*
Sejak dari pukul 11 lagi saya bersemangat menunggu di hadapan laptop. Sedikit kecewa. Saya tidak dapat tawaran UPU. Jadi, selamat tinggal UIAM. Kolej Matrikulasi Labuan hai~
assalamualaikum ( sila cakap ahlan wasahlan balik dan jawab salam ). Ya, tentulah saya menangis. Tapi kira-kira 15 minit je. Usai solat semua, hati ini jadi tenang setenang air dalam kolah mandi. Kini sedang sibuk mengisi borang matriks. Lalala~ Saya redha. Tidak semua yang kita mahu kita akan dapat. Apabila kita bersabar semasa diberi cubaan Allah, darjat kita akan dinaikkan tau? Jom Tini. Sabar. Allah sayang hambanya yang bersabar.
Jadi, habitat terbaru Labuan. Matlamat, masih sama; cari keredhaannya dalam apa jua yang dilakukan. Lain, belajar sungguh-sungguh, satu tahun je. Target, 4 flat
. Bolehlah ambik perubatan~ Hoho. Sentiasa bersemangat walaupun UPU tak dapat, masih ada jalan lain. Analoginya, macam nak ke Supermall kan boleh je kalau guna jalan dari Kolej Abdillah ke, dari DEPO ke dan lain-lain lagi. Kerinduan terhadap kelas di Madrasah Al-Khairat pasti akan ada. Oh~ Kak Zura, Kak Zana, Kak Khadijah, Kak Hamas dan kakak-kakak yang saya pasti merindui kalian semua!*Hugssss*
Kebetulan, sahabat baik saya, Amni Adilah pun akan ke Labuan. Ya, kita bersama lagi. Hoho. Tapi, peratusan nak sama kelas tu tipis kot. Macam selalulah kan. Kami tidak pernah berada di kelas yang sama dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima tetapi masih lagi jadi teman baik@belangkas. Hoho. Akhir sekali, ingin diingatkan kepada diri, orang bernama Tini mesti bersemangat! Fighting!
Ya Allah, permudahkanlah untuk kami segala urusan kami. Amin.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
4:47 PM
12
stethoscopes
Labels: kehidupan/life, pasal sekolah/school stuff, peribadi/personal, rakan/friends
Wednesday, April 29, 2009
Mimpi aneh di kawasan V
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
Mimpi-mimpi aneh menghantui diri. Oh~
Lokasi: Dalam mimpi aneh di kawasan V
Lalala~ Berjalan-jalan penuh kegembiraan. Tiba-tiba teringat tentang roti berintikan kacang merah. Ohhh~ Ya, saya boleh nampak roti tersebut dari jauh. Apabila masuk satu kedai takde pulak. Berlari-lari. Masuk satu kedai keluar satu kedai, masuk dan keluar, keluar dan masuk. Rupa-rupanya berada di kawasan penduduk berbangsa Cina. Batang hidung orang Melayupun tak nampak. Kira macam lost sekejaplah. ( Apa?!tsk tsk tsk )
Gelap.
Sudah nak masuk waktu Maghrib rupanya. Hilang, hilang. Roti idaman tak ditemui. Hati pun mula risau sebab sorang-sorang. Jalan punya jalan, jumpa ayah. Alhamdulillah. Pulang ke rumah guna kereta. Eh, silap. Saya ditinggalkan kalau tak silap sebab dia tidak nampak saya. Selepas tu, *tsk tsk tsk* terbangun!
Mimpi apa ni entah. Semuanya kerana roti berintikan kacang merah Aisyah yang sedap. Lama sudah nak merasa balik tapi selalu je tak dapat. Dulu mimpi pizza, sekarang roti kacang merah. Eh, pernah juga dulu bermimpi tentang air milo di bulan puasa! Adoi~Hentikan tabiat bermimpi tentang makanan Tini.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
9:09 PM
5
stethoscopes
Labels: cerita/story, keanehan/peculiarity, makanan/foods, peribadi/personal
Jangan pandang belakang?
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
Mode: muhasabah diri
Lagu latar: Mentari Hidup - Haikal
Jangan pandang belakang?
Saya perlu juga.
Walaupun hati ini terluka teruk apabila memandang kembali masa lampau.
Ya, rasa benci pun ada.
Rasa malu. Malu pada-Nya kerana tidak menjadi hamba-Nya yang baik.
Masa lampau mendewasakan saya.
Masa lampau membuatkan saya menghargai saat-saat indah apabila sampainya hidayah-Nya kepada saya.
Hati ini rasa amat rindu kepada kasih-Nya. Saya inginkan kasih-Nya.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Hati ini tenang ya Allah dengan mengingati-Mu.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
11:19 AM
2
stethoscopes
Labels: peribadi/personal, renungan/cogitation
Monday, April 27, 2009
Tabik spring *toing, toing*
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
Serius, sekarang ini saya sedang stress tahap 5 ( mengikut kipas angin punya tahap ). Huh~ Tadi ada kelas di masjid kampung sebelah. Memang kasihan tengok budak-budak kampung ni. Ya, saya telah cuba bersangka baik. Tapi, kenapalah hati ini...oh hati? PMS ke ni?
Suasana amat berbeza dari anak murid saya di Tadika Astana. Dan jugak, tadi tak cukup oranglah pulak. Susah sikitlah nak jaga 15 orang budak sekolah rendah berbeza tahap dengan hanya tenaga pengajarnya 2 orang. Tabik spring *toing,toing* kepada cikgu-cikgu sekalian.
Budak-budak memang nakal, seperti biasa. Hoho. Mm, masalah pertuturan yang agak kurang beradab dan sikap mereka berbeza dari anak murid di Tadika Astana. Tabahkan jiwa, Tini. Iyalah, mungkin juga di sebabkan persekitaran mereka membesar. Oh~ Sungguh kasihan. Bantulah kami ya Allah~
Bersabarlah wahai hati. Ujian itu tarbiyah dari Allah. Iya, mesti bersemangat dan teruskan bersangka baik dan juga ikhlaskan hati.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
10:37 PM
3
stethoscopes
Labels: kehidupan/life, pasal sekolah/school stuff, peribadi/personal
Wednesday, April 22, 2009
Mahu jadi seperti si ulat?
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
Malam tadi saya pergi menghadiri usrah gabungan PERKEPIS di Banglo Tahfiz Astana, Kuching ( sila google sekarang tempat tu. hoho ). Tajuk malam semalam ialah Zikir: Dengan mengingati Allah jiwamu akan menjadi tenang.
Ya, Allah tidak ciptakan kita, dan makhluk-makhluknya di bumi dan di langit dengan sia-sia. Masa Bro 'Afif kupas pasal benda ni, teringat pulak satu kisah yang diceritakan Ustaz Muhammad:
*Melayang sekejap. Wee woo*
Lokasi: Madrasah Al-Khairat
*Tengah khusyuk mendengar sambil menulis, al maklumlah, ingatan ni bukannya baik sangat. Shh~ Ustaz sedang bercerita*
Ketika Nabi Allah, Daud as duduk di tempat ibadat sambil membaca kitab Zabur. Lalu dia melihat seekor ulat dan tertanya-tanya apa gunanya Allah ciptakan si ulat. Dengan izin Allah, maka ulat itu pun mampu berkata-kata. Si ulat: Adapun di siang hari Allah mengilhamkan kepadaku untuk berkata Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar selama seribu kali. Malamku, Allah ilhamkan aku berselawat Allahummasollia'lamuhammad wa'alaalihiwasohbihiajma'in.
Nabi Allah, Daud as pun berasa malu. Dan saya sendiri yang mendengar cerita ni pun rasa lebih malu. Malunya dengan si ulat. >Mari, mari. Kita banyakkan zikir sambil berfikir ( sila rujuk entri Ustaz Hasrizal untuk keterangan lanjut ). Takpe kalau mabuk zikir, Allah suka. Insya Allah, dengan mengingati Allah jiwa ini akan menjadi tenang. Tak rugi~< Ayat ni untuk diri sendiri sebenarnya. Ya Tini, bersemangat!
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
6:11 PM
2
stethoscopes
Labels: cerita/story, renungan/cogitation
Monday, April 20, 2009
Apabila terkenang entri Di Alam Ribena (2)
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
*the phone, the phone is ringing, there's an animal in danger 2x~... this is serious* ==> lagu latar semasa menulis entri ini. Ya, saya sedang menonton TV3.
Cuaca cerah. Sunyi. Saya seorang je manusia di dalam rumah ni. Yang menjadi peneman cuma Tom ( kucing yang nakal macam Tom dalam cerita Tom n Jerry lagaknya, yang suka menjatuhkan barang dengan sengaja; perasan comel lah~ ), Baby Pigeon, Leny, Tuck dan Ming Ming! Eleh. Yang 4 makhluk terakhir tu, ada dalam tv je. Hoho.
Hati ni rasa macam tak tenang je. Adeh~ Sentiasa terkenang-kenangkan Ireland. Sila rujuk entri Di Alam Ribena (2). Ya, saya mesti menerima hakikat saya takkan ke sana pun untuk buat degree. Simpan dulu dalam poket impian tu. (~.~)^ Tini, semangat ahh. Orang bernama Tini kan mesti semangat! Fighting! Dalam keresahan saya saban hari, selalu je saya terngiang-ngiang satu ayat Al-Quran yang ni:
Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,
Ayat kat atas tu cukup dah untuk menerangkan semuanya. Harapnya, saya akan dapat ke UIAM! Kak Wina, Kak Wani, Kak Iman dan lain-lain, Tini tak dapat nak sertai kamu semua buat masa ni. Tapi~ tunggu masa degree nanti kot. Hoho. Kak Wina, kita berduakan dah rancang sesuatu. Tak sabar nak tunggu akak balik Malaysia. Ya, Kak Wina dan lain-lain dah nak final exam dah, mungkin dalam masa 2 hari lagi kot, jadi, doa-doakanlah mereka. Semoga nanti jadi daie bergerak di hospital *untuk Tini jugak*! Amin.Hoho. Salam.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
9:31 AM
2
stethoscopes
Labels: impian/dreams, kehidupan/life, peribadi/personal, rakan/friends
Sunday, April 19, 2009
Seperti yang dijanjikan 1
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Khas untuk manusia-manusia yang menyemat saya dalam ingatan untuk ditag.
Salam.
Ya, seperti yang dijanjikan saya akan menjawab tag yang pertama. Ini tag dari Kak Yan! Saya jawab ni~
1) Apakah nama blog anda dan mengapa anda memilih nama itu?
Bacalah kat atas. Hoho. Her name is Hartini. Kira-kira 3 hari ataupun lebih tau nak beri nama ni (dasar pemilih antarabangsa). Sebabnya pulak,mm kerana entah. Saja je nak pilih. Dari letak nama orang lain baik letak nama sendiri kan?
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://hartnycupcakes.blogspot.com. Yang ini pulak sebab masa tu saya terpengaruh dengan propaganda cup cakes yang menggila ketika itu. Ohh~
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Kurang pasti. Yang ini, pembaca sila jawab. Tolong ye. Hoho.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah mungkin. Sebab rasa macam malas benar nak menulis. Pembetulan, menaip. Selepas tu, rasa macam menipu diri sebab cakap nak buat semua sebab Allah kan, blog ni pun tapi dunia je lebih. Adoi,adoi~ Bilalah matlamat nak tercapai ni?
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Kakak ni baik~ Suka sangat baca blog dia. ^^
6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Kalau anda rasa nak ditag, tinggalkan nama dan url. Hoho. Macamlah ada yang nak.
Ditulis oleh bakal daie bergerak di hospital :
hartini ♥
tepat jam
12:32 PM
0
stethoscopes
Labels: peribadi/personal

